Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Siling kampus Muzium Sarawak rosak akibat angin kencang


Tarikh kemaskini: 08/11/2019




KUCHING, 8 Nov -- Kampus Muzium Sarawak bernilai RM323 juta yang baharu siap dibina mengalami kerosakan pada struktur siling bumbungnya, akibat angin kencang 'luar biasa' yang melanda bandar raya ini, semalam.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kerosakan melibatkan siling di pintu masuk utama, di tingkat bawah bangunan berkenaan.

"Berikutan tempat ini masih di bawah jaminan pihak kontraktor, kita telah minta mereka baiki kerosakan terbabit," katanya selepas menghadiri perasmian Forum Jaringan Bandar Kraf Dunia di Kampus Muzium Sarawak, di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata pemeriksaan awal pihak kontraktor mendapati hanya bahagian siling di kawasan berkenaan mengalami kerosakan, bahagian bumbung pula tiada sebarang kerosakan dikesan.

"Ini juga satu hikmah kerana berlaku ketika Kampus Muzium Sarawak masih dalam tempoh jaminan dan pihak kontraktor diminta memastikan kejadian itu tidak berulang," katanya.

Beliau yakin kerosakan siling bangunan itu bukan disebabkan kualiti kerja pembinaan yang rendah, kerana banyak bangunan lain yang turut terkesan akibat angin kencang semalam.

Abdul Karim berkata Kampus Muzium Sarawak itu yang merupakan kompleks muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara dijangka dibuka secara rasmi hujung tahun hadapan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel