Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga Indonesia di Sabah dipelawa meriah festival 'Wonderful Indonesia'


Tarikh kemaskini: 08/11/2019




TAWAU, 8 Nov  -- Warga Indonesia di Sabah, khususnya yang berada di pantai timur negeri, di pelawa untuk memeriahkan Festival 'Wonderful Indonesia' 2019 di Dewan Masyarakat Tawau di sini pada 15-17 Nov ini.

Pelaksana Fungsi Ekonomi di Konsulat Indonesia Tawau Septania Rubi Prameswari berkata, festival itu bertujuan meningkatkan hubungan dan kerjasama Indonesia-Malaysia dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pelancongan.

“Kami harapkan melalui festival ini dapat meningkatkan hubungan persahabatan dua negara, khususnya daerah yang berada di perbatasan Indonesia dan Malaysia yang telah terjalin sekian lama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Septania Rubi berkata pelbagai aktiviti diatur pada festival itu, antaranya pameran produk Indonesia, pelancongan, rancangan bual bicara, rangkaian perniagaan, pertandingan menyanyi dan tarian, di samping persembahan artis dari Indonesia.

“Pada Festival tahun ini, kami menampilkan 35 peniaga dari Provinsi Jawa Timur, Kabupaten Nunukan dan Kota Tarakan, serta pengusaha pelancongan dari Sulawesi Selatan dan Kalimantan Utara," katanya.

Septania Rubi turut memberitahu Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Assaffal P. Alian dijangka melancarkan festival itu pada 16 Nov ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel