Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Aplikasi Respons Rakyat Melaka dilancar, ganti SISPAA


Tarikh kemaskini: 08/11/2019





MELAKA , 8 Nov  -- Kerajaan negeri hari ini melancarkan Aplikasi Pintar Respons Rakyat Melaka bagi memudahkan aduan rakyat dapat disalurkan, diurus dan diselesaikan dengan segera sekali gus menggantikan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, aplikasi tersebut dibangunkan dengan kerjasama Biro Perkhidmatan Awam Jabatan Perdana Menteri dan Bahagian Komunikasi Korporat Ketua Menteri Melaka itu menyasarkan tempoh 15 hari untuk menyelesaikan setiap aduan yang diterima.

Beliau berkata aplikasi itu bertujuan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih baik dan efisien kepada rakyat selain menambah baik serta memperbagaikan saluran aduan di negeri itu.

"Menerusi  aplikasi ini, kita yakin ia boleh dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Melaka di semua peringkat termasuk sektor perkhidmatan awam dan swasta," katanya kepada pemberita selepas Hari Bertemu Rakyat Perdana Siri 4 Tahun 2019 dan Pelancaran Aplikasi Pintar Respons Rakyat Melaka, di sini hari ini.

Beliau berkata menerusi aplikasi yang boleh dimuat turun di telefon pintar masing-masing, rakyat atau pengadu boleh mengetahui status terkini aduan mereka .

Adly berkata pengadu juga boleh memuat naik video atau gambar berkaitan sesuatu isu yang dilaporkan bagi memberi penjelasan agar tindakan segera dapat dilakukan.

Sementara itu, Adly, berkata Hari Bertemu Rakyat akan tetap diteruskan setiap minggu walaupun aplikasi berkenaan telah diperkenalkan kerana ia merupakan keperluan untuk kerajaan negeri berhubung dan memberi maklum balas secara terus dengan rakyat tentang isu yang dilaporkan.

Beliau berkata sebanyak 10,673 aduan telah diterima menerusi pelbagai medium termasuk Hari Bertemu Rakyat sejak 1 Jan hingga 31 Okt lalu dan 80.88 peratus aduan tersebut telah diselesaikan manakala 19.12 peratus aduan masih dalam tindakan.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel