Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Anak sulung Undang Luak Rembau meninggal dunia


Tarikh kemaskini: 08/11/2019




SEREMBAN, 8 Nov -- Anak sulung kepada Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman, Shahruzzaman, 55, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, di sini, pada pukul 9.30 pagi tadi, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Menurut sumber terdekat Undang Luak Rembau, Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan pada dua minggu lepas selepas terjatuh dari kereta di kediamannya di Taman Chembong, Rembau.

“Ekoran itu, dia mengalami patah tulang peha. Namun petang semalam, Shahruzzaman dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

"Jenazah Allahyarham akan dibawa ke kediaman rasmi Undang Luak Rembau untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Pekan Rembau," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Shahruzzaman yang meninggalkan isteri dan anak lelaki berusia 10 tahun, akan dikebumikan selepas Asar.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel