Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Enam rumah terbakar di Tumpat


Tarikh kemaskini: 08/11/2019





KOTA BHARU, 8 Nov -- Enam buah rumah terbakar di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, Tumpat hari ini.

Ketua Zon Kota Bharu Syobirin Abd Kadir berkata pihaknya sampai di tempat kejadian pada 11.00 pagi selepas menerima panggilan telefon daripada orang awam pada pukul 10.50 pagi tadi.

"Pihak kami mengambil masa 35 minit bagi memadamkan kebakaran rumah yang sudah 100 peratus hangus terbakar.

"Seramai 36 anggota ditugaskan untuk memadam kebakaran itu, selain dibantu empat anggota polis dan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dengan punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel