Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perlis sasar 1 juta pelancong bermalam sempena Tahun Melawat Malaysia 2020


Tarikh kemaskini: 08/11/2019





KANGAR, 8 Nov -- Kerajaan Negeri Perlis menyasarkan seramai satu juta pelancong yang akan bermalam di negeri ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Asmaiza Ahmad hari ini.

Katanya sasaran itu ditetapkan kerana Perlis menerima kemasukan sekitar lima juta pengunjung setiap tahun dan sehingga kini Perlis menjadi transit kepada pengunjung untuk pergi ke Langkawi dan Thailand atau pelancong balik hari yang datang membeli belah di Padang Besar. 

“Kerajaan negeri kini sedang giat menambah baik kemudahan di lokasi-lokasi pelancongan untuk menarik perhatian pelancong untuk bermalam sekurang-kurangnya satu hari di sini," katanya kepada pemberita di Majlis Penutup Lawatan Suai Kenal Perlis di sini. 

Menurutnya usaha itu dijalankan bukan sahaja untuk mempromosi negeri itu untuk Tahun Melawat Malaysia 2020 tetapi juga untuk menyediakan Perlis bersedia menerima pengunjung pada Tahun Melawat Perlis 2021.

“Sekiranya satu juta pengunjung bermalam di Perlis, peningkatan pendapatan negeri ini akan meningkat sehingga 20 peratus,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel