Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

293 pelajar terima tajaan LZS lanjut pelajaran ke Asia Barat, Timur Tengah


Tarikh kemaskini: 08/11/2019





SHAH ALAM, 8 Nov  -- Seramai 293 pelajar telah menerima tajaan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi melanjutkan pelajaran ke Asia Barat dan Timur Tengah kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Katanya tajaan melibatkan wang berjumlah RM29.7 juta adalah antara komitmen dermasiswa LZS yang menaja semua pelajar berkenaan sehingga mereka tamat pengajian.

"Daripada 293 pelajar yang sudah menerima manfaat tajaan ini sejak ia mula diperkenalkan, 173 daripadanya adalah pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir, bantuan dermasiswa luar negara itu membabitkan kuota sebanyak 50 orang pelajar setahun dengan nilai peruntukan berjumlah RM4 juta setiap tahun.

"Selain bantuan dermasiswa pelajar luar negara Timur Tengah, LZS turut menyalurkan bantuan umum pelajaran pelajar luar negara dan bantuan sumbangan keperluan pembangunan pendidikan luar negara,” katanya ketika menjawab pertanyaan Zawawi Ahmad Mughni (PKR-Sungai Kandis) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Zawawi bertanyakan adakah LZS menyalurkan bantuan kepada mahasiswa yang melanjutkan pengajian di luar negara.

Amirudin berkata LZS menyalurkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar negara dalam kalangan asnaf fakir, miskin, mualaf dan fisabilillah.

"Keutamaan diberikan kepada keluarga berpendapatan tidak melebihi had kifayah RM7,000 selain pelajar yang menerima sumbangan secara ‘one off’," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bantuan keperluan pembangunan pendidikan luar negara diberikan kepada institusi dan agensi Islam luar negara yang bekerjasama  dengan Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan LZS.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel