Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Serangan di Yala: Polis Kelantan tingkat kawalan keselamatan


Tarikh kemaskini: 07/11/2019





TUMPAT, 7 Nov -- Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang terlibat dalam kejadian serangan di Wilayah Yala, Selatan Thailand yang mengorbankan 15 nyawa kelmarin, bolos ke negara ini.

Susulan itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, polis akan meningkatkan kawalan di sempadan negara Malaysia-Thailand termasuk meminta agar semua Ketua Polis Daerah yang bersempadan supaya mengambil langkah proaktif.

Jelasnya, meskipun kejadian berkenaan tidak melibatkan rakyat negara ini namun polis memandang serius perkara itu.

“Kita akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat kawalan di sempadan negara serta mempertingkatkan kawalan sempadan. Dalam isu ini, polis Kelantan juga perlu merujuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut termasuk kerjasama berkaitan insiden itu," katanya kepada pemberita, hari ini.

Mengulas lanjut, Hasanuddin berkata polis turut menasihatkan orang ramai supaya mengelak berkunjung ke Thailand buat masa ini atas faktor keselamatan.

Dalam kejadian di Wilayah Yala semalam, 15 anggota sukarelawan maut, termasuk dua wanita dan empat lagi cedera selepas puak pemisah disyaki menyerang pos kawalan keselamatan di selatan Thailand.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel