Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

290 tong mengandungi bahan kimia ditemui dibuang di tebing Sungai Klang


Tarikh kemaskini: 07/11/2019





SHAH ALAM, 7 Nov -- Sebanyak 290 tong mengandungi bahan kimia dijumpai dibuang pihak tidak bertanggungjawab, di tebing Sungai Klang di Kampung Kandan Dalam, Puchong pada Selasa lepas.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata siasatan mendapati bahan kimia tersebut adalah 'Glycerin', sejenis bahan yang banyak digunakan dalam industri makanan.

"Bahan kimia itu tidak berbahaya serta diklasifikasikan sebagai tidak reaktif dan higroskopis. Jabatan Alam Sekitar telah mengambil sampel daripada semua tong yang mempunyai bahan kimia itu untuk siasatan lanjut.

"Terdapat 300 tong berwarna biru dijumpai di kawasan itu, tetapi hanya 290 masih mempunyai bahan kimia di dalamnya, manakala 10 tong lagi sudah kosong, mungkin isinya telah di buang ke dalam sungai berkenaan.

"Kerja-kerja membersihkan kawasan tersebut juga sedang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik dan dijangkakan ia akan selesai pada hari ini atau selewat-lewatnya esok," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Tambah Hee, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihaknya bagi mengenal pasti syarikat yang sepatutnya bertanggungjawab dalam kes pembuangan tong mengandungi bahan kimia berkenaan di kawasan itu.

"Kita syak perbuatan ini dibuat oleh kontraktor yang dilantik untuk melupuskan bahan kimia. Mereka hendak mengambil jalan mudah dengan membuangnya di kawasan berhampiran dengan sungai," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel