Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Murid Berkeperluan Khas mampu terokai STEM sekiranya dibimbing


Tarikh kemaskini: 07/11/2019





KUALA TERENGGANU, 7 Nov -- Murid Berkeperluan Khas (MBK) mampu menerokai  bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sekiranya dibimbing secara berterusan.

Pengarah Pusat Asasi STEM Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Laili Che Rose berkata ia adalah sesuatu yang tidak mustahil kerana ramai di kalangan mereka yang pernah mengegarkan dunia juga terdiri daripada kelompok yang sama terutama yang mengalami disleksia.

“Kebiasaan apabila menyebut STEM ianya tertumpu kepada golongan normal. Apabila berdepan dengan pelajar MBK ini kita dapat lihat dengan jelas mereka ini berminat dalam teknologi maklumat (IT) dan rekacipta.

“Sebelum ini kita pernah bawa murid-murid ini ke UMT dan kita dapat lihat mereka mempunyai daya fokus dan kecenderungan tinggi sehingga dapat mencipta beberapa robot dengan bantuan fasilitator dari Asasi STEM UMT dan pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA),

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Projek Robotik MBK di Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran, di sini hari ini.

Laili berkata pelajar pusat Asasi STEM akan menjadi pembimbing kepada pelajar terbabit dengan melakukan pelbagai program secara bersama, bertepatan hasrat Kementerian Pelajaran Pendidikan dalam melaksanakan Dasar Sifar Penolakan (Zero-reject Policy) bagi MBK.

Laili berkata SK Padang Hiliran kini telah diwatikah di antara 20 buah sekolah angkat UMT di bawah program STEM yang mana sekolah tersebut akan dibimbing sehingga mampu menyertai pertandingan inovasi robotik di peringkat yang lebih tinggi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel