Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kebocoran radioaktif di Pos Aviation di Sepang, operasi dihenti sementara


Tarikh kemaskini: 07/11/2019





SEPANG, 7 Nov -- Kebocoran radioaktif yang berlaku di terminal Pos Aviation di kawasan KLIA Cargo Village di sini hari ini mengakibatkan kakitangannya mengosongkan bangunan dan menghentikan sementara operasinya. 

Insiden kebocoran radioaktif itu yang mana Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikerahkan ke lokasi, disahkan Pos Aviation, pengendali perkhidmatan logistik darat, dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut JBPM Selangor, Balai Bomba dan Penyelamat KLIA menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.42 pagi seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian dan juga pasukan Hazmat dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam ke lokasi.

"Sebagaimana diarahkan oleh pihak bomba KLIA, semua petugas telah dipindahkan daripada bangunan terminal dan semua operasi dihentikan sementara sehingga notis selanjutnya,” kata Pos Aviation.

Menurut JBPM Selangor, kejadian kebocoran bahan radioaktif itu melibatkan kebocoran dari dalam kotak.

"Kebocoran berjaya dikawal," kata JBPM Selangor.

JBPM Selangor berkata kes kebocoran itu juga akan diserahkan kepada pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom untuk tindakan selanjutnya.

Media yang berkumpul di hadapan kawasan KLIA Cargo Village melihat dua jentera bomba meninggalkan kawasan kargo berkenaan pada kira-kira 2.25 petang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel