Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM, ATB 2 kerjasama rampas rokok seludup di Tawau


Tarikh kemaskini: 07/11/2019





TAWAU, 7 Nov -- Kerjasama strategik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) membawa kejayaan menerusi rampasan rokok seludup bernilai RM35,000 di perairan 3.3 batu nautika dari Sungai Tawau, malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri Hussin berkata pihaknya yang menjalankan rondaan di sekitar kawasan tanggungjawab mengesan sebuah bot laju mencurigakan pada 11.40 malam.

"Sebaik menyedari kehadiran peronda APMM, bot suspek bertindak memecut laju bot untuk melarikan diri, dan bot APMM mengejar kira-kira lima minit sebelum bot suspek terkandas.

"Dua lelaki dipercayai juragan dan awak-awak bertindak terjun ke laut dan meloloskan diri di kawasan cetek berdekat Kampung Titingan, seterusnya gagal dikesan," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Katanya, pemeriksaan anggota di dalam bot menemukan kotak-kotak yang berisi rokok putih jenis Premium Gold (900 karton), Surya Gudang Garam (80 karton) dan LA Menthol Light (80 karton).

Menurut Yusri, kesemua barang rampasan termasuk bot, enjin bot selain rokok diiring ke Jeti APMM Tawau bagi siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967

Katanya lagi, kesemua rokok berkenaan dipercayai dari negara jiran untuk dijual di daerah ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel