Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

41 mangsa banjir kilat di Gua Musang masih berada di PPS


Tarikh kemaskini: 07/11/2019





GUA MUSANG,  7 Nov  -- Seramai 41 mangsa banjir kilat dari Kampung Tanah Puteh di sini, masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Etnobotani di sini sejak malam tadi selepas hujan lebat berterusan selama lebih tiga jam.

Hujan lebat bermula 8 malam itu menyebabkan 12 rumah penduduk di kampung itu dinaiki air hingga paras pinggang dan mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada 11 Malam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Mohd Taufik Maidin berkata kampung terbabit berada di kawasan rendah dan paling kerap dilanda banjir kilat apabila hujan lebat dan minggu ini telah dua kali dilanda banjir.

"Ketika berlaku banjir pertama malam Sabtu itu keadaan mereka dalam keadaan kelam kabut dan berpindah sementara di sebuah madrasah kampung berkenaan," katanya dalam satu kenyataan. 

Mohd Taufik berkata mangsa banjir  terlibat diberi pilihan untuk terus tinggal di PPS selepas banjir kilat pulih sebagai persediaan untuk menghadapi kemungkinan berlaku banjir kilat pada petang atau malam ini. 

"Lebih penting mangsa banjir tinggal di PPS itu buat sementara waktu terutama bagi menjaga keselamatan anak-anak," katanya. 

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah, Hizani Ibrahim ketika ditemui di PPS itu berkata pihaknya sedang menyenaraikan semua mangsa banjir yang ditempatkan di PPS itu untuk diberi bantuan makanan. 

"Kita sejak awal lagi membuat persiapan bagi menghadapi kemungkinan banjir musim tengkujuh ini dan perpindahan 41 mangsa banjir di PPS Etnobotani yang pertama di Gua Musang," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel