Rs8d4CEVbJc Empat lelaki termasuk dua beradik disyaki edar pil kuda ditahan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empat lelaki termasuk dua beradik disyaki edar pil kuda ditahan


Tarikh kemaskini: 05/11/2019





KOTA BHARU, 5 Nov -- Empat lelaki termasuk dua beradik ditahan kerana disyaki aktif dalam mengedar dadah ‘yaba’ atau lebih dikenali sebagai pil kuda sejak Oktober lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata susulan penahanan itu oleh sepasukan anggota Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sebuah rumah di Pasir Pekan, Tumpat pada 4.05 pagi semalam, pihaknya berjaya merampas 7,800 biji pil yaba bernilai RM117,000.

Beliau berkata keempat-empat suspek berumur antara 15 dan 24 tahun. Tiga suspek adalah pekerja kedai makan manakala seorang lagi yang berusia 15 tahun adalah pelajar sekolah.

“Siasatan mendapati suspek utama berumur 24 tahun adalah abang kepada pelajar berkenaan," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika serbuan, semua suspek berada di ruang tamu dan berlaku sedikit pergelutan sebelum mereka berjaya ditahan dan siasatan polis mendapati kumpulan itu mendapatkan bekalan dadah daripada pembekal di Tumpat.

Kesemua suspek direman mulai semalam hingga 10 Nov ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit bersalah.

Sementara itu, Hasanuddin berkata pada 12.35 tengah malam hari yang sama, polis Tumpat turut menahan seorang lelaki berumur 26 tahun dan merampas dadah dipercayai jenis kodein atau ubat batuk sebanyak 162.9 liter dengan anggaran nilai RM24,444 dalam satu serbuan di Kampung Bunut Sarang Burung. ???

“Suspek direman mulai 4 hingga 7 Nov ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) akta yang sama," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel