Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Maritim lakukan penerbangan ihsan bawa bayi sukar bernafas


Tarikh kemaskini: 04/11/2019




PASIR PUTEH, 4 Nov  -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)  melakukan penerbangan ihsan membawa seorang bayi perempuan berusia 16 bulan mengalami jangkitan paru-paru dari Pulau Perhentian ke Hospital Besut, Terengganu, awal pagi tadi.

Helikopter jenis Agusta Westland AW139 itu membawa bayi berkenaan, Nur Amani Aafeeya bersama ahli keluarganya serta pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pulau Perhentian,,Hasrull Yadidi Ab Hamid.

Helikopter, yang dipandu juruterbang Leftenan Komander Maritim, Shamsul Ehsan Alwi dan pembantu juruterbang, Leftenan Madya Maritim, Khairul Anwar Farizul, mendarat di Pangkalan Udara Gong Kedak pada jam 4.10 pagi sebelum kanak-kanak itu dibawa dengan ambulans ke hospital tersebut.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim, Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Klinik Kesihatan Pulau Perhentian pada jam 10.30 malam tadi dan menyatakan bayi berkenaan dalam keadaan sukar untuk bernafas.

Berikutan permohonan itu, helikopter milik Maritim Malaysia itu diterbangkan dari Stesen Udara Maritim Subang untuk mengambil bayi itu, katanya dalam kenyataan di sini.

Muhd Nur Syam berkata, oleh kerana helikopter itu adalah lebih besar berbanding helikopter AS365 N3 Dauphin maka helikopter itu mengalami sedikit kesukaran untuk melakukan pendaratan di Pulau Perhentian kerana laluan pendaratan yang sempit.

Namun, katanya, pendaratan perlu dilakukan segera memandangkan keadaan Nur Amani yang sukar untuk bernafas dan berada dalam keadaan yang sangat tidak stabil. 

“Pesawat terpaksa mengubah tempat pendaratan ke lokasi lapang lain walaupun lokasi tersebut juga agak berisiko, namun berjaya berlepas dari Pulau Perhentian pada jam 3.57 pagi.

Katanya, kepakaran juruterbang dan pembantu juruterbang mengendalikan pesawat telah berjaya menerbangkan bayi tersebut dan tiba di Pangkalan Udara Gong Kedak dengan selamat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel