Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JBPM kenal pasti 1,000 premis tidak miliki sijil perakuan bomba


Tarikh kemaskini: 04/11/2019





KUALA TERENGGANU, 4 Nov -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti kira-kira 1,000 premis bangunan di seluruh negara  tidak mempunyai sijil perakuan bomba (FC).

Ia termasuk bangunan milik kerajaan, hotel, industri dan perniagaan yang tertakluk di bawah Akta 341 Akta Perkhidmatan Bomba (APB) 1988.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Datuk Soiman Jahid berkata semua pemilik premis terbabit telah diberikan notis supaya memohon FC dengan seberapa segera demi keselamatan penghuni di dalamnya.

"Antara punca mereka (premis) belum dapat FC ialah disebabkan masalah teknikal seperti kesilapan pemasangan peralatan, pelan penyerahan yang tidak menepati standard dan sebagainya.

"Sebagai contoh, sebuah hotel lama memang dah ada sistem keselamatan, tetapi tidak berfungsi dan kita beri notis supaya pemilik pertingkatkan sistem tersebut," katanya selepas merasmikan Seminar Pengurusan Risiko Kebakaran di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah JBPM Terengganu, Mohamad Shoki Hamzah. Seramai 400 peserta terdiri daripada pemilik premis bangunan yang ditetapkan (tertakluk di bawah Akta 341 APB 1988) menyertai seminar tersebut yang diadakan setiap tahun.

Mengulas lanjut, Soiman berkata pemilik premis bangunan yang gagal mendapatkan FC selepas diberikan dua notis boleh dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut.

"Saya nak nasihatkan semua pemilik premis terlibat supaya segera mendapatkan FC supaya keselamatan penghuni dan orang awam terjamin.

"Setakat ini, boleh dikatakan hampir semua bangunan industri berisiko tinggi seperti dalam bidang minyak dan gas mempunyai FC dan ia suatu usaha yang boleh dipuji," katanya yang turut menyasarkan semua premis bangunan ditetapkan di seluruh negara mempunyai FC pada awal 2012.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata JBPM juga telah mula membekukan cuti 13,291 pegawai serta anggotanya sejak 1 November lepas sebagai persediaan menghadapi banjir.

Bagaimanapun, jika berlaku kecemasan, hanya 20 peratus daripada keseluruhan kakitangan akan dibenarkan bercuti bagi mengelakkan berlaku kekurangan petugas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel