Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Produk tempatan akan ditempatkan di lapangan terbang seluruh negara 


Tarikh kemaskini: 02/11/2019





JOHOR BAHRU, 2 Nov -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan berunding dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)  bagi menempatkan produk buatan tempatan di terminal lapangan terbang seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia satu inisiatif menyokong usahawan tempatan sekaligus mempromosikan produk buatan Malaysia.

“MAHB mempunyai 39 lapangan terbang seluruh negara… jadi yang naik kapal terbang, menghantar dan menyambut (penumpang) dalam setahun kira-kira 100 juta orang yang menggunakan lapangan terbang.

“Jadi kementerian sedang berunding untuk menempatkan produk buatan Malaysia di terminal lapangan terbang di seluruh negara,” katanya ketika berucap dalam Karnival Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM)  Peringkat Kebangsaan di Plaza Angsana di sini, hari ini.

Karnival berkenaan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mengenai KBBM beliau berkata, pihaknya juga dalam masa sama telah mengadakan perbincangan dan libat urus bersama para pemain industri peruncitan dan pasaran.

Pelbagai bentuk kerjasama telah ditetapkan antaranya penyenaraian tetap produk tempatan di pasar raya besar dan pasar raya dengan kadar penyenaraian bayaran yang minimum, promosi KBBM di ‘outlet’ masing-masing dan pelbagai kaedah lain.

“Setakat ini, penerimaan mereka adalah baik dan mereka menyatakan kesediaan untuk membantu usaha kementerian ini di premis perniagaan masing-masing.

“Dengan inisiatif seperti ini diharapkan lebih banyak produk tempatan akan menembusi pasaran peruncitan di negara ini,” katanya.

Terdahulu, mengenai karnival KBBM di Johor yang disertai 180 pempamer, Saifuddin berkata penganjuran itu dapat mengukuhkan perbelanjaan domestik dengan menggalakkan pengguna di negara ini khususnya Johor dan negara jiran seperti Singapura membeli barangan buatan Malaysia.

"Ia juga sebagai platform jualan barangan Malaysia secara besar besaran sebagai pilihan kepada masyarakat untuk berbelanja pada harga yang berpatutan dan lebih rendah di pasaran.

“Kita juga dapat membantu pengeluar untuk memasar dan mempromosikan produk buatan Malaysia serta perkhidmatan mereka, sekaligus merancakkan kegiatan ekonomi domestik dan menggalakkan pembangunan industri tempatan,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel