Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

90 pelajar gembira terima bantuan awal persekolahan


Tarikh kemaskini: 02/11/2019




TUMPAT, 2 Nov  -- Seramai 90 pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga berpendapatan rendah di sekitar gugusan pulau di daerah ini menerima baucer bantuan awal persekolahan daripada Persatuan Kebajikan Kembara Insani bagi sesi akademik 2020.

Pengasas Persatuan Kebajikan Kembara Insani Dr Mohd Ali Bahari Abdul Kadir berkata, bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban penduduk di pulau itu khususnya dalam menyediakan keperluan sekolah buat anak-anak mereka. 

“Sumbangan baucer sebanyak RM80 seorang ini diharap sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan ibu bapa penerima memandangkan mereka bukan dari keluarga yang senang,” katanya selepas hadir di Program Jom Kembali ke Sekolah 2020 di Pulau Pantai Baru, di sini hari ini. 

Mohd Ali Bahari berkata, program kali ini juga turut mendapat sokongan daripada dua lagi badan bukan kerajaan (NGO) yang lain iaitu Dentistry For The Needy  dan Misi Bantuan Sekolah.

Seorang penerima Mohd Ahmadurah Mohd Nasri,7 berkata dia amat bersyukur kerana terpilih untuk menerima sumbangan tersebut. 

“Memandangkan ibu tidak berkerja, dan ayah hanya bekerja nelayan, jadi saya tidak mengharapkan mereka memberi pakaian seragam sekolah baru, kerana sedar mereka tidak mampu. 

“Jadi dengan adanya bantuan ini, saya sangat bersyukur dapat mengurangkan beban mereka,” katanya. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel