Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Banjir kilat di tiga kampung di Gua Musang


Tarikh kemaskini: 02/11/2019




GUA MUSANG, 2 Nov  -- Hujan lebat tiga jam bermula jam 8 malam tadi mengakibatkan 30 rumah penduduk di tiga kampung di sini dilanda banjir kilat.

Banjir kilat yang melanda  Kampung Tanah Puteh, Kampung Lepan Jaya dan Agropolitan Rantau Manis itu adalah ekoran limpahan air dari anak sungai berhampiran.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam daerah, Mohd Yusalmi Yusoff berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 10 malam dan 10 anggota dikerah ke lokasi. Paling teruk terjejas ialah Kampung Tanah Puteh di mana air naik hingga ke paras pinggang dan penduduk tidak sempat menyelamat barangan rumah.

Bagaimanapun tiada penduduk dipindahkan kerana air banjir  mulai surut pada pukul 3 pagi.

 Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supt Mohd Taufik Maidin berkata, beberapa kawasan rendah di sini kerap berlaku banjir kilat apabila hujan lebat kerana air dari anak sungai berhampiran cepat naik.

"Bukan di tiga kampung itu sahaja, tetapi kampung lain di kawasan rendah tepi Sungai Galas, Nenggiri dan Lebir kerap berlaku banjir, "katanya. 

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel