Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bina kekuatan ekonomi negara - Fokus Anwar


Tarikh kemaskini: 02/11/2019





MUAR, 1 Nov -- Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan memberi tumpuan kepada usaha membina kekuatan ekonomi negara dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

Presiden PKR itu berkata pertumbuhan ekonomi negara adalah mendatar untuk tempoh 10 tahun ini dan ia memberi kesan kepada kehidupan rakyat serta kemampuan kerajaan untuk membantu rakyat.

Tanpa sebuah ekonomi yang kukuh dengan pertumbuhan memberangsangkan, katanya, kerajaan menghadapi kekangan dalam membantu rakyat seperti bantuan kepada golongan B40, pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) dan bantuan kesihatan kepada rakyat.

"Ramai orang lihat derita saya bertahun tahun di penjara, tetapi (di penjara) saya masih ada tempat tinggal ada makan minum semua ada. Tetapi lebih 60 tahun negara merdeka masih ada rakyat yang tempat tinggal dan makan minum tidak terjamin," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen PKR Johor di sini yang turut dihadiri Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar serta kira-kira 500 anggota PKR negeri ini.

Anwar berkata bagi melaksanakan usaha itu pemimpin PKR dalam kerajaan pada masa ini seharusnya tidak menjadi 'pak turut' yang hanya menyokong kerajaan tanpa berani mengkritik dan bersuara bagi membentuk sebuah kerajaan lebih baik untuk rakyat.

Beliau berkata pemimpin PKR perlu sentiasa mengingati dan mengenggam idealisma perjuangan parti iti yang ditubuhkan bagi membela nasib rakyat di negara ini.

"Jangan kita (pemimpin PKR) menjadi sombong, buat kerja diamanahkan kepada kita, tanggungjawab kita nak selesai masalah rakyat, buat apa nak angkat saya jadi pemimpin bagi senang saya tetapi biar rakyat merempat.

"Kalau tidak setuju atau tidak suka dengan dasar ini buang saya. Terima kenyataan ini, pimpinan kita terutama sudah jadi menteri kena tumpu perkara ini kerana kemiskinan itu masih menjadi masalah dalam kalangan rakyat kita," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel