Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga mangsa bot karam warga Indonesia diselamatkan APMM


Tarikh kemaskini: 01/11/2019





JOHOR BAHRU, 1 Nov -- Tiga lelaki warga Indonesia berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas bot perdagangan tukar barang dinaiki mereka karam akibat cuaca buruk di perairan Karimun Anak, Tanjung Balai dekat Indonesia pukul 11.30 malam tadi.

Pengarah Maritim Zon Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata kejadian berlaku ketika kesemua mereka dalam perjalanan dari Pelabuhan Batu Pahat menuju ke Kepulauan Karimun, Indonesia.

“Pihak Maritime Rescue Sub-coordination Centre (MRSC Johor Bahru) menerima laporan mengenai penemuan tiga lelaki sedang terapung di laut kira-kira  tujuh batu nautika berhampiran Pulau Kukup pada pukul 7 pagi tadi oleh kapal persiaran mewah Genting Dream yang sedang melalui kawasan tersebut.

MRSC kemudian melancarkan satu operasi menyelamat (SAR) dan menghantar sebual kapal maritim ke lokasi kejadian bagi membantu kesemua mangsa,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Aminuddin berkata kesemua mangsa kemudiannya diserahkan kepada APMM pada 9 pagi oleh kapal persiaran berkenaan dan siasatan awal mendapati kesemua mangsa selamat dan tiada mangsa lain yang hilang.

“Pihak APMM telah menghubungi pihak berkuasa Badan Nasional Pencarian Dan Pertolongan (BASARNAS) Tanjung Pinang Indonesia untuk memaklumkan mengenai penemuan mangsa dan seterusnya untuk menyerahkan kesemua mangsa.

“Kesemua mereka telah diserahkan ke pihak berkuasa Indonesia pada pukul 11 pagi ini di sempadan perairan negara,” katanya lagi.

Aminuddin berkata, sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Johor Bahru di talian 07-2199404, katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel