Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KUFC capai sasaran ke Liga Premier 2020


Tarikh kemaskini: 31/10/2019




KOTA BHARU, 31 Okt-- Kelantan United FC (KUFC) mencapai sasaran untuk layak beraksi pada saingan Liga Premier musim hadapan apabila bakal menjulang Piala Liga M3 musim ini.

Presidennya Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata bermain di saingan Liga Premier musim 2020 adalah sasaran yang diletakkan kepada barisan pemain dan jurulatih pasukan itu.

"Semasa mengambil alih KUFC awal musim ini daripada pasukan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), pihak pengurusan tertinggi pasukan telah meletak sasaran utama layak bermain di Liga Premier dan Liga Super dalam tempoh tiga tahun penyertaan pada saingan Liga Malaysia (Liga-M).

"Kami akan menjulang Piala M3 selepas perlawanan terakhir menentang Armed Forces FC di Stadium Cheras pada Selasa 5 Nov ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Pada saingan Liga Piala M3, pasukan Kelantan United memperoleh 65 mata selepas 25 perlawanan hasil daripada 21 kemenangan, dua seri dan dua kekalahan dengan mengumpul 91 jaringan sekali gus melayakkan pasukan itu secara automatik beraksi di saingan Liga Premier musim hadapan.

Che Abdullah berkata pihak pengurusan perlu memuji kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh pegawai, jurulatih, pemain dan penaja pasukan itu.

"Kejayaan ini akan mencipta suasana baharu kepada sukan bola sepak Kelantan yang mempunyai dua pasukan dalam saingan Liga-M.

"Alhamdulillah usaha kita semua telah meletakkan pasukan pada kedudukan juara Liga M3 musim ini," katanya.

Katanya pemain pasukan itu telah membuktikan kepada pihak pengurusan kemampuan mereka sehingga membolehkan pasukan berada pada kedudukan sekarang.

"Pihak pengurusan yakin pasukan KUFC akan menjadi kelab terbaik dalam saingan Liga M seterusnya dapat bersaing dengan pasukan-pasukan lain," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel