Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Imigresen nafi terbabit iklan tawaran perkahwinan warga asing dengan wanita tempatan


Tarikh kemaskini: 30/10/2019





KUALA LUMPUR, 30 Okt -- Jabatan Imigresen hari ini menafikan pembabitan dalam iklan tawaran perkahwinan warga asing dengan wanita tempatan yang tular di media sosial sejak beberapa hari lepas.

Iklan itu menyatakan warga asing yang ingin berkahwin dengan wanita tempatan perlu membayar RM300,000 kepada wanita berkenaan dan keluarganya.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata sepasukan anggota yang menjalankan pemeriksaan di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam, menemui papan iklan itu yang dimiliki oleh seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati papan iklan itu dijadikan bahan promosi kepada orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.

“Pada awalnya, lelaki terbabit enggan memberikan kerjasama dan hasil perbincangan lanjut, dia akhirnya memadamkan perkataan ‘Imigresen’ dari papan iklannya yang turut menyatakan temuduga dan rujukan dilakukan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata lelaki terbabit juga bersetuju untuk menurunkan papan iklan itu.

Khairul Dzaimee berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang penyebaran maklumat palsu atau tidak benar berkaitan jabatan itu dan menggesa orang awam untuk menghentikan penyebaran maklumat yang tidak benar bagi mengelakkan kekeliruan dan kebimbangan rakyat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel