Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Laos alu-alukan rakyat Malaysia rebut peluang ekonomi - Duta


Tarikh kemaskini: 30/10/2019





Oleh Azlee Nor Mahmud

KUALA LUMPUR, 30 Okt -- Laos mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk meninjau dan merebut peluang dalam pelbagai sektor ekonomi negara tersebut, kata Duta Laos ke Malaysia Houmdaophone Soukhaseum.

Beliau berkata negara bersedia kepada banyak platform koperasi yang berpotensi, terutamanya pelancongan, pertanian, pendidikan, infrastruktur tenaga, perkhidmatan profesional dan pelaburan teknologi kewangan (fintech).

"Kerajaan Laos berbesar hati untuk memudahkan sebarang inisiatif yang dicadangkan oleh Malaysia menerusi badan-badan yang diiktiraf," katanya kepada Bernama selepas pelancaran rasmi Majlis Perniagaan Malaysia Laos (MLBC) anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di sini hari ini.

Sebuah majlis akan turut diadakan di Vientiane dari 12 hingga 14 Nov sempena penubuhan platform baharu dan pelan tindakan kerjasama antara Malaysia dan Laos.

MLBC ditubuhkan sebagai organisasi swasta bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada anggotanya berkaitan perniagaan di Malaysia dan Laos.

"Kami mengesahkan MLBC akan terus mempromosikan inisiatif pertukaran perniagaan antarabangsa secara bersama ke atau dari Laos untuk disebarkan secara meluas melalui rangkaiannya dan rakan strategik kerajaan ke seluruh dunia melalui Malaysia," katanya.

Beliau berkata pengagihan kekayaan yang lebih saksama demi kepentingan seluruh ekonomi serantau dan akan menyokong resolusi yang membantu pertumbuhan negara-negara membangun.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel