Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Institusi zakat diseru galas tanggungjawab dengan telus


Tarikh kemaskini: 30/10/2019





SHAH ALAM, 30 Okt  -- Institusi zakat di Malaysia diseru menggalas tanggungjawab dengan telus dan amanah, supaya pengagihan bantuan zakat dapat dilaksanakan sebaiknya.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kegagalan institusi itu melaksanakan pengagihan zakat dengan berkesan akan menyebabkan isu kesempitan hidup dalam kalangan asnaf tidak dapat diatasi.

"Sebab itu kita lihat pusat zakat kena laksanakan transformasi minda, kena ada perubahan ke arah kebaikan sebab fungsi pusat zakat adalah untuk membantu.

"Malah pusat zakat kena juga lihat agihan dalam berbagai-bagai aspek bantuan seperti pendidikan, kesihatan dan pelbagai lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Akademi Zakat (AZKA) Talk 'Peranan Zakat Dalam Menangani Kesenjangan Ekonomi' di sini, hari ini.

Menurut Anwar isu kemiskinan dalam kalangan orang Islam juga akan dapat diuruskan dengan baik, sekiranya agihan wang zakat dilakukan dengan lebih teratur.

"Menjadi isu apabila doktor diagnosis seseorang itu menghidap sakit lain, tetapi dia diberi ubat demam.

"Jadi, institusi zakat kena lakukan satu pendekatan yang betul. Jangan sekadar bantu dengan beri wang sahaja tetapi bantu bagaimana mereka ini boleh keluar dari kemiskinan hidup," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel