Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPZ-MAIWP akan tumpu agihan zakat untuk pendidikan asnaf


Tarikh kemaskini: 30/10/2019





SHAH ALAM, 30 Okt  -- Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan terus menumpukan agihan zakat menerusi bantuan pendidikan kepada asnaf, sebagai usaha mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shukri Yusoff berkata dengan pendidikan, ia mampu menjadi batu loncatan terutamanya kepada anak-anak asnaf untuk berjaya, dalam kehidupan masing-masing.

“Kita mahu memperkasakan agihan zakat ini dengan membantu asnaf, terutamanya anak-anak dari golongan itu supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna.

“Menerusi pendidikan, kita percaya anak-anak ini akan dapat memanfaatkan ilmu dan selepas tamat pengajian, mereka pastinya mampu mendapatkan pekerjaan yang baik, seterusnya membantu keluarga supaya keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Akademi Zakat (Azka) Talk di sini hari ini.

Turut hadir pada program berkenaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahmad Shukri berkata dengan memperkasakan bantuan zakat pendidikan itu juga, anak-anak asnaf akan mendapat pendidikan lengkap bermula daripada peringkat sekolah rendah hingga ke pengajian tinggi.

“Kita tidak mahu lagi ada anak-anak asnaf yang ketinggalan dalam sesi persekolahan, kerana masalah kemiskinan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak PPZ-MAIWP akan terus menggalas tanggungjawab mengagihkan zakat secara telus dan amanah.

Katanya, PPZ-MAIWP juga akan mempelbagaikan kaedah agihan zakat supaya ia sampai kepada golongan sasar dengan lebih menyeluruh dan berkesan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel