Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP KL lupus barang tiruan bernilai RM4.6 juta


Tarikh kemaskini: 30/10/2019





KUALA LUMPUR, 30 Okt -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur melupuskan pelbagai barang berjenama tiruan bernilai RM4.6 juta melibatkan 235 kes bagi tempoh Januari hingga hari ini.

Antara barang rampasan yang dilupus ialah kasut, beg tangan, baju, jam tangan, minyak wangi, alat sukat alkohol, kerongsang, sarung telefon dan topi. 

Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur Ariffin Samsudin berkata kesemua kes itu telah selesai menjalani proses mahkamah dan mendapat arahan untuk dilupuskan oleh pihak mahkamah. ?????

Ariffin berkata kesemua barang yang dilupuskan merupakan rampasan terhadap pelanggaran kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Timbang dan Sukat 1972.

"Bagi pemeriksaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2019, sebanyak 1,079 premis perniagaan telah diperiksa dan daripada jumlah itu, hanya 25 premis diambil tindakan dengan dikenakan nilai kompaun berjumlah RM2,750.  

"Antara kesalahan yang dikenakan kompaun ialah tidak mempamerkan tanda harga khas berwarna merah jambu, kegagalan meletak tanda harga pada barang jualan dan penjualan barang melebihi harga kawalan," katanya pada sidang akhbar ibu pejabat KPDNHEP Kuala Lumpur, di sini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan boleh menyalurkannya kepada KPDNHEP di portal e-aduan@kpdnhep.gov.my atau boleh menghubungi pusat panggilan KPDNHEP di talian bebas tol 1800-886-800.

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     

Jangan jadikan tahfiz pusat pemulihan akhlak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel