Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Usaha perkenal konsep Rahmatan Lil Alamin di peringkat dunia


Tarikh kemaskini: 30/10/2019





KUALA LUMPUR, 30 Okt -- Malaysia akan mengorak langkah mempromosi konsep 'Rahmatan Lil Alamin' (rahmat untuk semua) di peringkat antarabangsa melalui pembabitan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Pengerusi MAIWP Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee berkata ini akan dilakukan dengan sesi libat urus  di beberapa universiti terkenal antarabangsa.

Menurutnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dijangka memenuhi jemputan untuk memperkatakan tentang konsep itu di Universiti Cambridge, United Kingdom pada 11 Nov depan.

Syed Hussien berkata demikian pada sidang media mengenai ‘Pengantarabangsaan Rahmatan Lil Alamin’ di sini hari ini.

Beliau turut berkata usaha itu akan disusuli di universiti terkemuka lain seperti Harvard, Columbia Stanford dan Berkeley.

“MAIWP memilih top universiti ini supaya kita dapat membentangkan konsep Rahmatan Lil Alamin dengan lebih mendalam lagi kepada masyarakat luar," katanya.

Menurutnya, pada Disember ini MAIWP akan menganjurkan pertemuan bersama wakil dari negara-negara Asia Pasifik bagi mengetengahkan konsep Rahmatan Lil Alamin.

— BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel