Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JKM Kelantan alu-alukan pusat jagaan jaga remaja hidap hydrocephalus


Tarikh kemaskini: 30/10/2019




KOTA BHARU, 30 Okt -- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan mengalu-alukan kesediaan Pusat Jagaan Kenangan Hajah Rahmah, Lundang di sini yang berhasrat menjaga Siti Nurul Syafiqah Hassan, remaja yang menghidap penyakit ‘hydrocephalus’ iaitu lebihan cecair di dalam kepala.

Pengarah JKM Kelantan Said Sidup berkata pihaknya tidak menghalang usaha pusat jagaan itu memandangkan pusat jagaan itu berdaftar dengan JKM.

"Pada masa ini, Siti Nurul Syafiqah tinggal bersama kakaknya dan jika mereka ingin terus menjaganya, pihak kami akan mempertimbangkan bantuan tambahan bagi meringankan beban ahli keluarga yang menjaganya dan masih mempunyai tanggungan anak bersekolah.

"Terpulang kepada keputusan dan kesepakatan bagi kedua-dua pihak untuk peluang yang lebih baik bagi Siti Nurul Syafiqah meneruskan kelangsungan hidup," katanya.

Sebelum ini Bernama melaporkan ibu Siti Nurul Syafiqah, Rosnani Mohamad, 41, meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas selain mengadu sakit di bahagian dada sebelum dikejarkan ke hospital Machang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Allahyarham Rosnani menjaga Syafiqah bersama suami keduanya, Osman Kasim, 62, sejak empat tahun lepas selepas kematian suaminya yang terdahulu pada 2012 disebabkan penyakit paru-paru berair.

Atas rasa prihatin, Pusat Jagaan Kenangan Hajah Rahmah menyatakan kesanggupan mereka untuk mengambil alih penjagaan ke atas Siti Nurul Syafiqah, 13.

Pengurus pusat jagaan itu, Datin Shahzayati Che Hassan berkata, pihaknya akan berbincang dengan JKM dan badan bukan kerajaan (NGO) Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (KELSS) untuk menguruskan hak penjagaan remaja berkenaan.

Menurutnya, atas dasar kemanusiaan, pihaknya sanggup untuk menjaga serta merawat remaja berkenaan di pusat jagaan tersebut memandangkan keadaannya yang memerlukan rawatan lebih rapi.

"Sebelum ini, tidak ada ahli keluarganya yang menyatakan kesanggupan untuk meneruskan penjagaan Syafiqah dan kini kami juga sedang mendapatkan kebenaran daripada ahli keluarganya.

"Ini disebabkan keadaan Siti Nurul Syafiqah yang terlantar dan memerlukan penjaga khusus oleh penjaga yang benar-benar terlatih," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel