Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gajah musnah tanaman Orang Asli di Gua Musang


Tarikh kemaskini: 30/10/2019





GUA MUSANG, 30 Okt  -- Lebih 300 penduduk Orang Asli di Pos Pasik di sini,  bimbang dengan keselamatan mereka berikutan terdapat sekumpulan lima ekor gajah liar berkeliaran di kawasan penempatan mereka sejak tiga hari lepas. 

Terbaharu, kedatangan sekumpulan gajah liar itu juga turut memusnahkan berpuluh pokok pisang milik penduduk pagi ini hingga menjejaskan pendapatan mereka yang bergantung kepada hasil pisang untuk perbelanjaan. 

Penghulu Orang Asli Pos Pasik, Asen Along, 50, berkata penduduk menyedari pokok pisang mereka dimusnahkan kira-kira 7 pagi dan kejadian dipercayai berlaku antara pukul 2 hingga 5 pagi tadi.

 Katanya kebanyakan pokok pisang telah mengeluar buah dan menunggu masa untuk dikutip hasil namun penduduk berputih mata apabila berpuluh pokok pisang dimusnahkan sekumpulan gajah liar terbabit. 

Beliau berkata kejadian serangan gajah liar ke atas kebun pisang penduduk itu telah empat kali berlaku tahun ini mengakibatkan penduduk terlibat menanggung kerugian. 

Seorang penduduk Orang Asli, Amek Ajah, 45, pula berkata kebanyakan penduduk juga tidak lena tidur sejak sekumpulan gajah liar itu berkeliaran di sekitar kampung berkenaan khususnya pada waktu malam hingga awal pagi. 

Katanya setakat ini sekumpulan gajah liar itu hanya menyerang tanaman pisang sahaja dan lari berselindung dalam hutan berhampiran pada waktu siang. 

"Kami mohon pihak berwajib agar segera membantu kami menghalau gajah berkenaan," katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel