9bQfhf2mxKg Jenazah Muhammad Syakiran, Nurul Ashikin selamat dikebumi
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jenazah Muhammad Syakiran, Nurul Ashikin selamat dikebumi


Tarikh kemaskini: 30/10/2019





BACHOK, 30 Okt -- Jenazah L/Kpl Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, dan isteri, Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rekang Hilir pada pukul 2.20 pagi ini.

Suasana sayu dan pilu menyelubungi rumah keluarga Allahyarham Muhammad Syakiran ketika kedua-dua jenazah tiba di Kampung Repek Hilir di sini, pada 1 pagi.

Ratusan pegawai dan anggota polis serta penduduk kampung tiba untuk memberi penghormatan terakhir dan solat jenazah untuk kedua-dua mangsa.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Bachok DSP Nik Aminuddin Raja Abdullah yang turut menunggu ketibaan kedua-dua jenazah yang bertolak dari Kuala Lumpur petang semalam.

Muhammad Syakiran dan Nurul Ashikin maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.59 pagi itu, Muhammad Syakiran yang bertugas di Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam, Selangor cedera di perut dan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala isterinya yang cedera di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Allahyarham Nurul Ashikin yang sedang mengandung anak kembar berusia dua bulan, merupakan petugas Jabatan Kerja Raya (JKR).

Mereka meninggalkan seorang anak lelaki, Muhammad Arfan Ziqri yang berusia satu tahun 10 bulan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel