Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Keseronokan memancing akhirnya bertukar duka


Tarikh kemaskini: 29/10/2019





KUALA NERUS, 29 Okt -- Keseronokan lima sahabat memancing di sungai akhirnya bertukar menjadi kedukaan apabila salah seorang daripada mereka dibawa arus dan dikhuatiri lemas di Kampung Seberang Tuan Chik, Bukit Tunggal di sini hari ini. 

Dalam kejadian pukul 2.45 petang itu,  mangsa, Danial Danish Mohd Jasmin, 14, dikatakan sempat mencapai tangan sahabatnya namun terlepas dan dilihat tenggelam ke dalam sungai berkenaan.

“Masa kejadian ada di kalangan kami cuba menyelamatkan dia tetapi hanya sempat memegang tangan sebelum terlepas dan tenggelam," kata seorang daripada empat rakan mangsa yang kelihatan hiba dan sebak.

Selain itu, ibu mangsa, Norhayati Ali, 38 berkata beliau kini hanya berharap keajaiban berlaku dan jasad anak sulung dari tiga beradik itu ditemui secepat mungkin.

Katanya, kejadian itu hanya disedari apabila dihubungi rakan mangsa ketika berada di rumah dan kemudiannya bergegas ke tempat kejadian bersama suaminya, Mohd Jasmin Salim, 45.

"Sebelum keluar rumah tadi Danial ada maklumkan kepada saya untuk keluar memancing bersama kawan-kawannya. Saya sempat berpesan kepadanya supaya pulang awal kerana perlu ke asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan Pelong, Setiu, petang ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Suffian Sulaiman berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Sekarang ini pihak bomba sedang melakukan pencarian menggunakan kaedah selaman pada radius 10 meter dari tempat terakhir mangsa dilihat. Keadaan air yang keruh dan pasang pada waktu ini turut menyukarkan pencarian mangsa,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijangka diteruskan sehingga 12 tengah malam ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel