Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

10 anggota PPDA cari lelaki terjun ke dalam Sungai Kelantan


Tarikh kemaskini: 29/10/2019





KOTA BHARU, 29 Okt -- Sepuluh anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan ditugaskan untuk mencari seorang lelaki berumur 42 tahun yang terjun ke Sungai Kelantan di Jambatan Sultan Yahya Petra semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim Mohd Ridzuan Ali berkata pasukan penyelam itu melakukan selaman sejauh 200 meter dari tempat mangsa dikatakan terjun.

"Selain menyelam, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) juga turut melakukan pencarian di permukaan air walaupun berdepan kesukaran berikutan air sungai yang deras.

Sebanyak lapan bot turut terlibat dalam SAR hari ini dan operasi ditutup pada pukul 6.30 petang tadi sebelum disambung semula pagi esok," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjun ke Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel