Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

30 kg syabu bernilai RM1.5 juta dirampas di Tanah Merah


Tarikh kemaskini: 29/10/2019





KOTA BHARU, 29 Okt -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan merampas 30 kilogram (kg) dadah dipercayai jenis syabu bernilai RM1.5 juta selepas menahan seorang lelaki bersama sebuah kenderaan di tepi jalan dekat Bukit Bunga, Tanah Merah, Sabtu lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata rampasan berkenaan dilakukan selepas pihak polis mendapat maklumat awam sebelum kenderaan jenis Mitsubishi Pajero dipandu suspek ditahan kira-kira pukul 1.45 tengah hari.

Beliau berkata operasi berkenaan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah hasil maklumat risikan.

"Ketika pemeriksaan dijalankan ke atas kenderaan itu polis menemui bungkusan plastik yang mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu.

Empat belas bungkusan dadah berkenaan diletakkan di bahagian tersembunyi di bahagian but belakang pacuan empat roda itu manakala 16 bungkus lagi di bawah tempat duduk penumpang belakang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Hasanuddin berkata kesemua bungkusan mengandungi dadah itu diisi di dalam bungkusan teh bertulisan Cina bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Beliau berkata bekalan dadah itu dipercayai diperolehi dari negara jiran untuk pasaran di sekitar Kelantan dengan nilai semasa RM50,000 bagi satu bungkusan seberat satu kilogram.

“Kita sedang membuat siasatan lanjut dan berkemungkinan lelaki itu dipercayai sudah dua bulan aktif mengedar barangan terlarang itu selain mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah di negeri ini.

“Polis mereman lelaki itu selama enam hari bermula 27 Okt sehingga 1 Nov ini untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman mati mandatori,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel