Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JBPM Kelantan teruskan SAR kesan lelaki terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra


Tarikh kemaskini: 29/10/2019





KOTA BHARU, 29 Okt -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjun ke sungai Kelantan di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini  hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim Mohd Ridzuan Ali berkata SAR itu diteruskan pada pukul 9.15 pagi hari ini selepas pihaknya menangguhkan  operasi pada pukul 6.30 petang semalam.

"Pencarian diteruskan pada jarak lima kilometer ke muara dari tempat mangsa dikatakan jatuh di jambatan terbabit.

"Seramai 51 anggota terlibat termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) pada SAR hari ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya pihaknya mengalami sedikit kesukaran untuk melaksanakan operasi SAR pada hari ini berikutan arus deras Sungai Kelantan.

Semalam, seorang lelaki berumur 42 tahun dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun ke dalam Sungai Kelantan di Jambatan Sultan Yahya Petra.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel