Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat suspek cuba pecah rumah ditemukan dalam longkang


Tarikh kemaskini: 28/10/2019





KUANTAN, 28 Okt -- Mayat seorang lelaki disyaki terlibat dalam percubaan memecah masuk sebuah rumah ditemukan dalam longkang di Taman Inderapura di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mayat itu  ditemui orang awam sekitar 11.10 malam, dalam keadaan hanya berseluar jeans biru dan berkasut. 

Beliau berkata seorang wanita mendakwa mayat itu ialah bekas suaminya yang berusia 47 tahun dan beralamat di Jalan Gambang di sini berdasarkan tanda pada lengan kanan si mati. 

"Pemeriksaan awal pada tubuh tidak menemui sebarang tanda kecederaan atau pergelutan, namun keterangan tuan rumah mendakwa terdapat kejadian cuba memecah masuk sebuah rumah di taman perumahan itu pada Jumaat lepas. 

"Kita tidak menolak kemungkinan si mati terlibat dan cuba menyembunyikan diri di dalam longkang sebelum mayatnya ditemui," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Mohamad Noor berkata mayat itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel