Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

TPM lawat RTB Sungai Belat


Tarikh kemaskini: 28/10/2019





KUANTAN, 28 Okt -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang melakukan lawatan ke Pahang hari ini, melawat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Belat, di sini.

Dalam lawatan itu, beliau diberi taklimat mengenai perkembangan projek bernilai kira-kira RM118.4 juta itu oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang Ir Mohd Noor Bidin.

Mohd Noor berkata projek bermula pada Januari 2018 itu yang dijangka siap pada Januari 2021 akan memberi manfaat kepada kira-kira 35,000 penduduk di Paya Besar dengan kawasan perlindungan seluas 1,255 hektar.

"Projek itu kini berada pada tahap kemajuan 56.54 peratus iaitu mendahului jadual yang ditetapkan," katanya.

Hadir sama dalam taklimat itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir Abdullah Isnin, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan ADUN Teruntum Sim Chon Siang.

Projek RTB Sungai Belat itu antara lain melibatkan pembinaan dinding perlindungan banjir sepanjang 2.5 kilometer dan rumah pam berserta pintu kawalan air.

Mohd Noor berkata RTB Sungai Belat adalah sebahagian daripada Projek Rancangan Tebatan Banjir Bandar Kuantan yang akan memberikan perlindungan daripada banjir kepada 350,000 penduduk dengan kawasan perlindungan seluas 20,000 hektar.

Terdahulu, Dr Wan Azizah menghadiri program bersama komuniti di Perkampungan Gudang Rasau disertai lebih 100 penduduk.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel