Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bot terbalik, pengarah filem dikhuatiri lemas


Tarikh kemaskini: 26/10/2019





KUANTAN, 26 Okt  -- Seorang pengarah filem dikhuatiri lemas selepas bot fiber yang dinaiki bersama rakan untuk memancing terbalik di Sungai Jelai, Kuala Lipis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azli Mohd Noor, berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa,  Firdaus Hanif, 43, masih diteruskan selepas polis menerima maklumat kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Katanya, operasi dijalankan dalam radius tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang iaitu berhampiran Jambatan Gemunchur di Mela.

“Mangsa dikatakan menaiki bot fiber dengan seorang rakannya sebelum bot mereka terbalik menyebabkannya dibawa arus deras. Rakannya itu sudah ditemui dalam keadaan selamat.

"Operasi mencari dan menyelamat masih lagi dijalankan dan polis dengan kekuatan seorang pegawai bersama tujuh anggota serta dua bot terbabit dalam operasi ini,"  katanya kepada pemberita, di sini.

Sementara itu, Pengarah  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang, Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya telah menggerakan lima anggota dengan sebuah bot bagi operasi itu.

Difahamkan Firdaus, yang juga dikenali sebagai Pitt Hanif, adalah anak kepada pelakon Fauziah Nawi.

--BERNAMA  

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel