Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pasar tani di Negeri Sembilan catat jualan RM25.8 juta setakat September


Tarikh kemaskini: 26/10/2019





REMBAU, 26 Okt  -- Sebanyak 26 buah pasar tani yang beroperasi di Negeri Sembilan setakat ini mencatatkan niai jualan RM25.8 juta bagi sembilan bulan pertama tahun ini, kata Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Negeri Sembilan Asmizal Jaafar.

Purata jualan bulanan adalah RM2.9 juta dan adalah dijangkakan jualan bagi tahun ini boleh mencapai RM34.4 juta sekiranya kutipan jualan adalah konsisten.Pasar tani di Negeri Sembilan melibatkan 1,098 orang pengusaha.

"Tiga pasar tani di negeri ini yang mencatatkan jualan tertinggi bagi sembilan bulan pertama tahun ini ialah pasar tani Ampangan dengan nilai jualan RM3 juta, pasara tani Paroi Jaya (RM2.9 juta) dan pasar tani Port Dickson (RM1.8 juta)," katanya kepada pemberita selepas program mesra komuniti Fama Negeri Sembilan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan sempena ulang tahun Fama ke-54 dan SPRM ke-52 di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Tuan Ruslan Tuan Mat dan Pengarah SPRM Negeri Sembilan Mohamad Zakkuan Talib.

Mengenai program itu, beliau berkata ia  diadakan di pasar tani Rembau memandangkan pasar tani adalah tempat popular bagi penganjuran program berbentuk komuniti seumpama ini, selain ia mempunyai pelbagai kemudahan.

Tuan Ruslan pula berkata program kerjasama di antara Fama dan SPRM ini bertujuan untuk menyebarkan mesej anti-rasuah kepada orang ramai.

"Kita cuba mengetengahkan bahawa SPRM sentiasa dekat dengan rakyat dan mesra rakyat. Disamping itu kita mengambil peluang ini untuk menyebarkan mesej anti-rasuah kepada semua lapisan masyarakat," katanya.

Tuan Ruslan bersama Asmizal serta lebih 20 orang pegawai Fama dan SPRM kemudian mengadakan tinjauan mesra  bertemu orang ramai.

Pada majlis itu seramai 30 orang asnaf yang terdiri daripada pelbagai bangsa menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan seperti gula, tepung, minyak masak, beras dan lain-lain.

SPRM pula turut membuat jualan amal 300 buah labu di mana hasil kutipan jualan amal itu akan diserahkan kepada rumah anak yatim.

-- BERNAMA         


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel