Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

299 pelatih konstabel wanita tamat Latihan Asas Kepolisan


Tarikh kemaskini: 26/10/2019





RAWANG, 26 Okt  -- Seramai 299 pelatih Konstabel wanita bagi Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 4/2019 menamatkan latihan enam bulan mereka di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa di sini, hari ini

Daripada jumlah itu, 14 pelatih berkenaan memiliki ijazah sarjana muda, 45 memiliki diploma, tiga lagi tamat pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan 237 pelatih lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Mereka yang mengikuti latihan asas bermula 28 April lalu diraikan pada majlis perbarisan tamat latihan PLAK yang disempurnakan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah dan turut dihadiri Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abdul Majid Mohd Ali dan Komandan PULAPOL Bukit Sentosa, Supt Mohd Rusli Din.

Kesemua pelatih akan ditempatkan di penempatan seluruh negara bermula 1 Nov ini.

Omar ketika menyampaikan amanat Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menitipkan pesanan agar kesemua pelatih yang berjaya dapat menggalas tanggungjawab dalam tugas kepolisan dengan penuh integriti.

"Disiplin dan integriti perkara penting, jangan sesekali terlibat dengan salah laku rasuah atau salah guna kuasa. Imej PDRM juga perlu dijaga. Naikkan profesionalisma anggota keselamatan ini," katanya.

Dalam majlis itu, Konstabel Sakinah Said, 23, diumum sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan, sementara Konstabel Nur Syahirah Abd Aziz, 24, muncul Pelatih Terbaik Latihan Luar dan Konstabel Noraishah Ahmad, 26, sebagai Pelatih Terbaik Akademik.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel