Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Banjir Jelebu: Dua daripada lima PPS ditutup


Tarikh kemaskini: 26/10/2019




JELEBU, 26 Okt -- Dua daripada lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah ini ditutup pada 10.35 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Jelebu dalam kenyataan di sini berkata dua pusat berkenaan ialah Masjid Kampung Poum dan Dewan Orang Ramai Kampung Chennah yang sebelum ini menempatkan seramai 40 mangsa daripada sembilan keluarga.

"Ini berikutan paras air di kampung berkenaan semakin surut dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Dengan penutupan itu, ia menjadikan jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS semakin berkurangan kepada 126 orang daripada 39 keluarga berbanding 166 orang, pagi tadi.

Tiga lagi PPS yang masih beroperasi sejak dibuka pada Jumaat dan semalam ialah Balai Raya Kampung Juntai yang menempatkan 31 orang, Balai Raya Simpang Durian (57) dan Masjid Kampung Jerang (38).

Antara kampung terjejas ialah Kampung Telekong,  Kampung Chennah, Kampung Juntai, Kampung Simpang Durian, dan Kampung Jerang.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel