Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Selangor berangkat hadir sambutan Jubli Emas RSYC


Tarikh kemaskini: 25/10/2019





PELABUHAN KLANG, 25 Okt  -- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan hadir ke sambutan Jubli Emas Royal Selangor Yacht Club (RSYC) di sini hari ini.

Ketibaan Baginda ke majlis sempena ulang tahun ke-50 RSYC itu iringi oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Salahuddin Idris Shah dan disambut oleh Komodor RSYC Jeffrey Voon.

Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Datuk Mohamad Yasid Bidin.

RSYC yang merupakan antara kelab kapal layar terbesar negara ditubuhkan pada tahun 1969 dengan nama Kelab Kapal Layar Port Swettenham.

Nama kelab berkenaan kemudian ditukar kepada Kelab Kapal Layar Selangor pada 1972 dan pada tahun 1989 dengan perkenan Almarhum Sultan Selangor ketika itu, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah nama kelab berkenaan ditukar RSYC.

Sepanjang 50 tahun penubuhannya RSYC telah menganjurkan pelbagai aktiviti antaranya kelas berenang dan kelas belayar dan pertandingan memancing.

Sementara itu Jeffrey dalam ucapannya berkata RSYC ingin menyampaikan penghargaan kepada sokongan dan tunjuk ajar Sultan Sharafuddin kepada kelab itu.

"Kami juga ini mengucapkan terima kasih kepada ahli kami dan jawatankuasa lepas terhadap sokongan mereka. Mereka banyak membantu membentuk RSYC sehingga menjadi begini hebat hari ini,” tambahnya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel