Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

133 ditempatkan di PPS berikutan banjir di Kuala Selangor


Tarikh kemaskini: 25/10/2019




SHAH ALAM, 25 Okt  -- Sejumlah 133 mangsa daripada 34 keluarga dipindahkan ke tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuala Selangor setakat pukul 9.30 malam ini berikutan hujan lebat yang melanda daerah itu sejak pagi semalam.

Jurucakap Smart Selangor Command Center (SSCC) berkata tiga PPS berkenaan ialah Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields yang menempatkan 91 mangsa daripada 24 buah keluarga dan Sekolah Kebangsaan Parit Mahang yang menempatkan 18 mangsa daripada lima keluarga.

"PPS Balai Raya Jaya Setia pula menempatkan 24 orang mangsa daripada lima buah keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya PPS di Dewan MDKS Desa Coalfields dibuka sejak Rabu lepas manakala dua lagi PPS dibuka hari ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel