Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Anak kurang bernasib baik terus disantuni menjelang Deepavali


Tarikh kemaskini: 25/10/2019





SEREMBAN, 25 Okt  -- Berbaki sehari lagi sebelum perayaan Deepavali disambut Ahad ini, pelbagai pihak terus menyantuni dan menceriakan mereka yang kurang bernasib baik termasuk anak-anak yatim di negeri ini.

Ini termasuklah syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal, SWM Environment Sdn Bhd (SWM) yang memilih Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Rhema di sini, untuk berkongsi kegembiraan dan keceriaan bersama 14 kanak-kanak daripada pusat jagaan itu, menerusi program SWM Kasih.

Pengurus SWM Environment Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan Dr Al'Ashari Othman berkata syarikat sentiasa prihatin akan keperluan masyarakat setempat dan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan.

“Selain daripada kita melaksanakan kerja-kerja kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment akan memastikan SWM Kasih dilaksanakan bagi membantu masyarakat setempat dan mereka yang kurang berkemampuan dengan menyalurkan bantuan yang bersesuaian, setiap kali perayaan,” katanya kepada pemberita selepas program berkenaan di sini, hari ini..

Turut hadir, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan Nordin Amat.

Pada program itu, Dr Al’Ashari turut menyampaikan bantuan duit raya dan barangan keperluan sekolah kepada 14 kanak-kanak selain sumbangan cek RM1,000 serta barangan keperluan kepada pengendali pusat jagaan, Jonathan Hari.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     

Jangan jadikan tahfiz pusat pemulihan akhlak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel