Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Deepavali: Lebuhraya KESAS tawar diskaun tol 10 peratus


Tarikh kemaskini: 25/10/2019





SHAH ALAM, 25 Okt -- Lebuhraya Shah Alam (KESAS) menawarkan diskaun 10 peratus bagi kenderaan kelas satu sempena perayaan Deepavali pada Ahad ini.

KESAS Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, semua kenderaan kelas satu itu akan menikmati diskaun tol berkenaan bermula pada Ahad ini bermula pukul 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam.

“Dianggarkan 250,000 kenderaan bakal menikmati diskaun tol 10 peratus itu dengan harga RM1.80. Dengan diskaun berkenaan juga, KESAS menjangkakan jumlah subsidi yang diberikan bagi tempoh itu adalah sebanyak RM50,000,” menurut kenyataan itu.

Katanya orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi KESAS di talian 03-56337188 atau melayari laman web www.kesas.com.my serta platform media sosial facebook/lebuhrayashahalam dan laman Twitter @kesastrafik.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     

Jangan jadikan tahfiz pusat pemulihan akhlak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel