Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Syarat bina asrama sementara pekerja, tangani isu kebersihan dan keselamatan


Tarikh kemaskini: 25/10/2019





KUALA LUMPUR, 25 Okt -- Garis panduan baharu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mensyaratkan pemaju supaya menyediakan asrama sementara kepada pekerja di tapak binaan, dapat  menangani isu kebersihan di kawasan berkenaan selain menjamin keselamatan orang awam dan pekerja itu sendiri.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, DBKL merupakan PBT pertama memperkenalkan garis panduan ini dan ia telah mula dilaksanakan sejak Julai lalu.

“Kemudahan asrama yang terkawal dilihat dapat memberi impak positif dalam menangani isu sosial, keselamatan orang ramai serta pekerja selain aspek pengawalan pekerja di tapak binaan.

"Jika kita lihat dikebanyakan tapak binaan ketika ini, aspek kebersihan tidak dititik beratkan yang boleh  menyebabkan denggi dan sebagainya. Tetapi garis panduan ini kita bukan laksanakan serentak, mana-mana (projek) rumah yang sedang dibuat, perlahan-lahan sort out, tetapi untuk projek baharu nanti, kena masuk dalam kebenaran merancang supaya pemaju mematuhinya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran Garis Panduan Asrama Sementara Pekerja Dalam Bangunan Bertingkat di Tapak Binaan di sini, hari ini.

Garis panduan itu, katanya akan diguna pakai bagi cadangan pembangunan jenis bangunan bertingkat (High Rise Building) dan khusus untuk binaan dalam bangunan bagi kawasan atau tapak pembinaan yang mempunyai saiz tapak yang terhad.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     

Jangan jadikan tahfiz pusat pemulihan akhlak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel