Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Orang Asli demam panas dikejarkan ke hospital melalui penerbangan ihsan


Tarikh kemaskini: 25/10/2019





GUA MUSANG, 25 Okt  -- Seorang wanita Orang Asli dari Pos Balar, di sini yang mengalami demam panas sejak seminggu lalu, hari ini dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) menggunakan penerbangan ihsan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pegawai Perhubungan Awam Unit Udara JBPM Pangkalan Subang, Mohd Farhan Marzuki berkata pihaknya menerima laporan mengenai keadaan wanita itu, Libian Angah, 31, daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gombak kira-kira pukul 9.00 pagi tadi.

“Penerbangan ihsan itu dilakukan bagi menyelamat pesakit Orang Asli kerana kampung mereka sukar dihubungi melalui jalan balak yang rosak teruk terutama ketika musim tengkujuh,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Farhan berkata penerbangan ihsan itu menggunakan kru pesawat Agusta AW 139 (9M-BOD) yang berlepas dari Pangkalan Bertam, Pulau Pinang kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan mendarat di Pos Balar 45 minit kemudian.

Beliau berkata pesakit itu yang ditemani suaminya, Fauzi Along, 36, tiba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang pada pukul 1.46 petang sebelum dikejarkan ke HGM bagi mendapatkan rawatan.

Selain itu katanya, sejak Januari sehingga hari ini, sebanyak 25 penerbangan ihsan dilakukan Unit Udara JBPM bagi membawa dan menyelamat pesakit Orang Asli di Kelantan.

“Unit Udara JBPM kini dalam keadaan siap siaga sepanjang musim tengkujuh ini untuk sebarang operasi membawa keluar pesakit dan pelajar Orang Asli yang terkandas atas pelbagai faktor termasuk banjir di pedalaman Gua Musang,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel