Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM tahan dua bot dipercayai nelayan Vietnam di perairan Kuala Pekan


Tarikh kemaskini: 25/10/2019





KUANTAN, 25 Okt -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan dipercayai dari Vietnam bersama 23 nelayan yang menceroboh dan menangkap ikan di dalam kawasan perairan negara tanpa kebenaran, Rabu lepas.

Pengarah APMM Pahang Laksamana Muda Maritim Datuk Zulkarnain Mohd Omar berkata kedua-dua bot itu ditahan pada pukul 1 tengah hari pada kedudukan kira-kira 64 batu nautika dari Kuala Pekan.

“Hasil siasatan mendapati mereka yang ditahan berumur antara 16 hingga 53 tahun itu tidak mempunyai sebarang pengenalan diri yang sah.

“Kita juga merampas kira-kira empat tan pelbagai jenis ikan dan dua buah bot yang dianggarkan bernilai RM2 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kedua-dua bot dan hasil rampasan serta semua 23 nelayan terdiri daripada dua tekong dan 21 awak-awak itu telah diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa lesen yang sah dan tanpa kebenaran Pengarah Perikanan Malaysia serta di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pengenalan diri yang sah.

Menurut Zulkarnain, sehingga hari ini APMM Pahang telah melakukan 755 pemeriksaan dan 61 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan. 

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pencerobohan asing agar menyalurkan aduan kepada APMM dengan segera.

Katanya, sebarang aduan berkaitan pelanggaran undang-undang di perairan negara boleh dibuat melalui talian MERS 999 atau Pusat Operasi APMM Negeri Pahang di  09-5717345.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel