Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis rampas 480kg daun ketum


Tarikh kemaskini: 24/10/2019





GUA MUSANG, 24 Okt -- Polis merampas 480 kilogram daun ketum dan 100 botol mengandungi cecair hitam dipercayai ubat batuk daripada dalam dua kenderaan di Taman Tropika dan di Kilometer 20 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, Isnin lepas. 

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Mohd Taufik Maidin berkata daun ketum itu bernilai RM8,400 dan pihaknya turut menahan tiga lelaki berumur antara 32 hingga 37 tahun.

“Kes pertama ketika anggota terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dinaiki seorang lelaki berusia 37 tahun dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 5.30 pagi di kawasan Taman Tropika dan ketika  melakukan pemeriksaan dalam kenderaan menemui 25 guni mengandungi 200 kilogram daun ketum dipercayai untuk pasaran ke negeri Pahang.

Kenderaan itu dipercayai baru tiba di taman berkenaan selepas melalui Jalan Simpang Pulai-Gua Musang kerana daun ketum dibawa dari negeri di utara Semenanjung," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, petang ini. 

Mohd Taufik berkata, kes kedua berlaku kira-kira pukul 9 pagi selepas anggotanya menahan sebuah kereta Perodua Alza dinaiki dua lelaki berumur 32 dan 36 tahun di Kilometer 20 Jalan Gua Musang-Kuala Krai selepas melalui Jalan Simpang Pulai-Gua Musang. 

Katanya, hasil pemeriksaan dalam kereta itu menemui 280 kilogram daun ketum dalam plastik hitam dan turut menemui 100 botol mengandungi cecair hitam dipercayai ubat batuk untuk pasaran Gua Musang, Kuala Krai dan Kota Bharu. 

Beliau berkata, kebanyakan suspek yang ditahan membawa daun ketum kerana menganggap laluan mereka dari Simpang Pulai-Gua Musang lebih selamat berbanding laluan Gerik-Jeli.

Katanya, ketiga suspek itu ditahan reman tiga hari dan sudah didakwa di Mahkamah Majistret Gua Musang hari ini di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Sek 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Sek 15 (1)(a) ADB 1952.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel