Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kolaborasi UMT-UGhent lonjak industri bioteknologi


Tarikh kemaskini: 24/10/2019





KUALA NERUS, 24 Okt -- Kolaborasi antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan  sebuah universiti di Belgium, Ghent University (UGhent) dijangka mampu melonjakkan industri bioteknologi marin ke peringkat global.

Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar berkata, UMT merupakan rakan kolaborasi terbesar UGhent di Malaysia yang telah dibentuk sejak 2016 dalam beberapa bidang seperti program pertukaran pelajar dan kakitangan, perolehan geran di peringkat antarabangsa serta merangka program untuk penyelidikan.

Pada tahun ini, kerjasama tersebut diperluaskan kepada lebih banyak bidang merangkumi program komuniti, pembangunan produk dan penerbitan bahan ilmiah berimpak tinggi.

"Hasil kolaborasi yang baik dan berkesan melayakkan UMT untuk menerima geran antarabangsa berjumlah €1.98 juta (RM9.22 juta) yang dianugerahkan oleh Kesatuan Eropah (EU) di bawah program penyelidikan dan inovasi, 'Horizon 2020'.

"Dengan geran ini kita percaya akan dapat meningkatkan keupayaan UMT untuk menjadi penggiat dalam bidang bioteknologi marin bersama-sama  dengan saintis terulung dari UGhent," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Seminar Bioteknologi Antarabangsa 2019 (BIS2019) di UMT, hari ini.

Mengulas lanjut, Nor Aieni berkata kerjasama itu juga akan dapat memanfaatkan UMT dalam tiga projek penyelidikan berasaskan reka bentuk sumber marin dengan komuniti setempat yang sedang dijalankan pada masa ini.

Ia termasuk projek penyelidikan kuda laut, anak udang dan belangkas yang diselia oleh Institut Bioteknologi Marin UMT.

"Ketiga-tiga projek ini bertujuan meningkatkan populasi hidupan marin dengan menjalankan penyelidikan yang berorientasikan pemeliharaan dan pemuliharaan.

"Kita turut melibatkan komuniti dengan cara memberi latihan bagi mereka mengendalikan kerja atau proses pemeliharaan serta pemuliharaan dengan cara yang betul," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel